Skip to content
  • Utama
  • Servis
  • Kawasan
  • Harga
  • Casestudy
  • Blog
  • Tentang
  • Hubungi
  • Utama
  • Servis
  • Kawasan
  • Harga
  • Casestudy
  • Blog
  • Tentang
  • Hubungi
WhatsApp Admin 24/7
WhatsApp Admin 24/7
  • Utama
  • Servis
  • Kawasan
  • Harga
  • Casestudy
  • Blog
  • Tentang
  • Hubungi
  • Utama
  • Servis
  • Kawasan
  • Harga
  • Casestudy
  • Blog
  • Tentang
  • Hubungi

Author: akramzuhairr@gmail.com

Nak MyKiblat Bantu Semak Ruang Solat Di Rumah Anda?

Hubungi MyKiblat — Pasukan Jurufalak bersijil yang terlatih secara akademik & praktikal. Kami bersedia membantu anda menyemak arah kiblat rumah dengan cepat, tepat dan sahih. Pilih cara paling mudah untuk anda — WhatsApp terus atau isi borang ringkas di bawah.

WhatsApp Admin 24/7
Tempah Terus

“Tempah Dulu, Bayar Kemudian”

Bayar Selepas Proses Penandaan Selesai

Pakej A

1 PENANDA

RM149

Sesuai untuk rumah dengan 1 ruang solat

  • Pengukuran profesional
  • 1 penanda kiblat kekal
  • Sijil pengesahan
  • Konsultasi percuma

Pakej B

3 PENANDA

RM199

Paling popular untuk rumah teres/apartment

  • Pengukuran profesional
  • 1 penanda kiblat kekal
  • Sijil pengesahan
  • Konsultasi percuma

Pakej C

5 PENANDA

RM249

Untuk rumah besar atau keluarga ramai

  • Pengukuran profesional
  • 1 penanda kiblat kekal
  • Sijil pengesahan
  • Konsultasi percuma

Kawasan Operasi MyKiblat

Servis kami meliputi rumah-rumah diseluruh Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang. Untuk kawasan lain, sila WhatsApp Pasukan MyKiblat untuk semakan kawasan.

Untuk Masjid/Surau/Premis Komersial

Sila rujuk Mufti negeri untuk perkhidmatan khusus institusi awam dan komersial.

Waktu Operasi Pengukuran Oleh Jurufalak: Sabtu- Khamis (8:00 AM - 6:00 PM)

WhatsApp Admin 24/7
Tempah Terus

Soalan Lazim Yang Ramai Tanya

Berikut adalah jawapan kepada soalan-soalan yang sering ditanya oleh pelanggan kami

Bagaimana Jurufalak MyKiblat mengukur arah kiblat?

Jurufalak MyKiblat menggunakan dua teknik serentak demi mengelakkan ralat. Teknik pertama adalah Lintasan Matahari Semasa (LMS) dimana Jurufalak akan ukur kiblat menggunakan bayang matahari 90°. Rumus Spheric Trigonometry, Tongkat Bayang, Laser dan alat tulis akan digunakan (kiraan manual). Teknik kedua adalah perbandingan peta. Proses pindah sudut untuk penandaan selepas pengukuran, akan melibatkan laser demi ketepatan. Baca lebih sini…

Berapa lama masa yang diperlukan?

InsyaAllah, proses pengukuran dan penandaan akan diselesaikan oleh Jurufalak dalam masa 45 minit (+-)

Adakah sijil yang dikeluarkan sah?

MyKiblat adalah sebuah badan bebas yang tidak berkaitan dengan mana-mana badan ‘authority’. Sijil pengesahan MyKiblat adalah dikeluarkan dengan kepertanggungjawaban penuh oleh MyKiblat. Sijil yang diberikan adalah bukti hasil kerja Jurufalak MyKiblat yang telah menjalankan pengukuran di rumah anda.

Adakah saya perlu menyediakan apa-apa?

Anda cuma perlu menyediakan tangga untuk jurufalak panjat, jika penandaan perlu dibuat di tempat tinggi. Selebihnya, jurufalak akan uruskan dari awal hingga selesai. Perlu diingatkan bahawa yang kami jual kepada anda adalah kemahiran atau kepakaran kami dalam mengukur kiblat sehabis tepat.

Bagaimana jika arah kiblat saya salah?

Anda boleh rujuk Pejabat Mufti untuk perkara berkaitan hukum. Jawapan yang kami dapatkan dari Pejabat Mufti Selangor setakat ini adalah; asalkan bukan silap dengan sengaja, tidak terlalu ke kiri atau kanan (45 darjah) dan sudah berikhtiar sehabis baik dalam mendapatkan arah tersebut, solat anda masih sah.

Mazhab Syafie adalah paling berat dalam menetapkan syarat menghadap kiblat iaitu perlu berusaha sehabis baik untuk menghadap ke bangunan Ka’abah. Sementara itu, Mazhab Hanafi pula adalah yang paling ringan dalam menetapkan syarat menghadap kiblat.

Kami pernah jumpa banyak kes kiblat rumah yang dihuni lebih 6 tahun, rupanya selama ini tersasar. Sebaiknya, panggil la Jurufalak kami untuk ukur kiblat di rumah sekali sahaja.

Bolehkah saya membuat tempahan pada hujung minggu atau waktu malam?

Admin bersedia berurusan dengan anda setiap hari selama 24 jam. Walaubagaimanapun, pengukuran kiblat oleh Jurufalak hanya dilakukan pada waktu siang sahaja.

Slot yang boleh anda pilih adalah pada pukul 8 pagi, 10 pagi, 12 tengah hari, 3 petang dan 5 petang.

Pengukuran berlaku setiap hari kecuali pada hari Jumaat dan cuti umum. Kami masih menjalankan pengukuran hatta di hujung minggu. Walaubagaimanapun, ada kemungkinan untuk Jurufalak bersetuju untuk kerja lebih masa pada waktu cuti. Anda boleh berbincang dengan admin untuk proses penjadualan.

Siapa yang perlu tunggu di rumah sewaktu kerja pengukuran dijalankan?

Kami galakkan sekurangnya satu wakil lelaki dewasa untuk tunggu di rumah sewaktu kerja pengukuran dijalankan. Ini kerana semua jurufalak kami adalah lelaki. Wajib untuk kita mengelakkan fitnah.

Jika tidak mahu tunggu, digalakkan untuk ada CCTV di rumah agar tuan rumah boleh tenang memantau dari jauh. Kami memang pernah jumpa situasi seperti ini dimana tuan rumah hanya tinggalkan kunci atau bagi password pintu kepada Jurufalak.

Apa jaminan yang MyKiblat berikan?

Kami menjamin pengukuran arah ke Ka’abah (kiblat), sehabis tepat, dengan SOP ketat yang sudah dikaji dan dibentangkan kepada banyak pihak.

Proses pengukuran akan dibuat bawah pemerhatian tuan rumah atau wakilnya. Jurufalak juga akan menerangkan segala proses yang berlaku kepada tuan rumah atau wakilnya, sehingga tuan rumah faham atau setuju.

Sijil akan diberikan kepada tuan rumah sebagai bukti komitmen kami ke atas hasil kerja kami, dengan tandatangan Jurufalak bertugas.

Jika berlaku masalah yang disebabkan oleh kami, MyKiblat akan menghantar semula Jurufalak lain demi melaksanakan pengukuran semula.

Sticker yang kami bekalkan adalah percuma dan merupakan produk berkualiti tinggi. Namun kami tidak memberi jaminan kepada ketahanan tampalan Sticker kerana masih bergantung kepada permukaan. Jurufalak walaubagaimanapun, akan menanda dua titik rujukan selain menampal sticker supaya boleh menjadi rujukan pada situasi kecemasan seperti sticker tercabut.

WhatsApp Admin 24/7
Tempah Terus

Nama Company | No registration

MyKiblat adalah sebuah badan perniagaan profesional yang menyediakan khidmat Jurufalak ukur kiblat secara 'custom' di rumah persendirian.

SUPPORT

FAQs

Blog

Casestudy

Hubungi Kami

Download Panduan Semak KIblat

SERVIS

Tentang MyKiblat

Servis

Kawasan

Harga

Tempah

WAKTU OPERASI

Waktu Operasi Pengukuran Oleh Jurufalak: Sabtu- Khamis (8:00 AM - 6:00 PM)

Waktu Operasi Admin: 24 Jam Setiap Hari, Sepanjang Minggu

HUBUNGI

Emel: mykiblat@gmail.com WhatsApp/Call: +013-347 3749 (Admin)