MyKiblat adalah sebuah badan perniagaan profesional yang menyediakan khidmat Jurufalak ukur kiblat secara 'custom' di rumah persendirian.  Setiap binaan seperti Masjid dan Surau, akan diukur kiblatnya oleh Jurufalak kerajaan, sebelum pembinaannya. Kami ingin memanjangkan peluang perkhidmatan Jurufalak kepada orang awam dengan menubuhkan MyKiblat.

Visi & Misi MyKiblat

Misi Kami: Membantu Muslimin untuk solat dengan arah sehabis tepat ke Ka'abah, tanpa keraguan, melalui kaedah saintifik dan ilmu falak yang benar, selain menggalakkan ibadah dan penyebaran ilmu falak.

Visi Kami: Menjadi peneraju dalam perkhidmatan Jurufalak ukur kiblat, dengan reputasi profesional, integriti tinggi, serta kualiti perkhidmatan tinggi berdasarkan ketepatan pengukuran dan kepuasan pelanggan. Setiap binaan seperti Masjid dan Surau, akan diukur kiblatnya oleh Jurufalak kerajaan, sebelum pembinaannya. Kami ingin memanjangkan peluang perkhidmatan Jurufalak kepada orang awam dengan menubuhkan MyKiblat.

Nilai & Prinsip Kami

Kami memegang keseluruhan perkhidmatan kami sebagai satu ibadah dan ruang kami untuk memberi impak kepada masyarakat muslimin.

Kami mahu menjadi jawapan dan penyelesaian yang teratur serta berkesan, kepada permasalahan dari hasil kajian yang menunjukkan lebih 40% rumah di Lembah Klang tersasar kiblat melebihi 10 darjah.

Kami sentiasa memastikan untuk mendukung nilai kejujuran, ketepatan, integriti dan kualiti dalam hasil kerja kami kerana perkhidmatan ini, pada kami adalah amanah dan jalan kami mendekati keredhoan Allah.

Mula Beroperasi
2025
Rumah Telah Disemak Kiblat
0 +
Jurufalak Bersijil
0 +

Pencapaian dan Pengiktirafan

Lebih 4,000 Rumah & Unit Kediaman Disemak

Sejak penubuhan, MyKiblat telah membantu lebih daripada 4,000 pemilik rumah memastikan arah kiblat kediaman mereka tepat, sahih dan konsisten mengikut kaedah falak profesional.

Terlibat Dalam Kajian Universiti Malaya

Pasukan MyKiblat dipilih untuk menyertai projek penyelidikan falak oleh Universiti Malaya, yang melibatkan semakan dan pengukuran semula arah kiblat di lebih 160 masjid lama di Pulau Pinang. Kerja ini melibatkan bacaan lapangan terperinci dan dokumentasi saintifik.

Latihan Jurufalak Selama 5 Bulan — Universiti Malaya

Semua jurufalak MyKiblat telah mengikuti kursus profesional jurufalak selama 5 bulan anjuran Universiti Malaya, dan kesemuanya lulus dengan penilaian kompetensi penuh.

Liputan & Pengiktirafan Media Tempatan

MyKiblat pernah menerima perhatian media seperti RTM dan beberapa saluran digital yang menekankan kepentingan semakan kiblat profesional dan ketepatan falak dalam ibadah harian.

As seen on

Latihan Orientasi Profesional Dengan Pasukan Tentera Darat

Jurufalak MyKiblat juga telah melalui latihan orienteering hutan, oleh Coach Mohd Sallehin Bin Aziz, Ketua Seksyen 81mm Mortar, Askar Melayu Diraja, bawah program anjuran Pelayar Darat Malaysia.

Siapa Di Sebalik MyKiblat

Barisan Hadapan: Jurufalak 

Semua Jurufalak MyKiblat adalah bertauliah secara akademik sebagai Jurufalak, terlatih dengan ilmu dan rumus falak serta bergerak aktif sebagai pendakwah dalam kalangan masyarakat Muslimin secara individu.

Kami malah menggalakkan pengambilan Jurufalak dari kalangan Hafidz. Semua Jurufalak kami dipastikan memahami gabungan antara

  • Ilmu astronomi Islam (falak)
  • Koordinasi data satelit (GPS)
  • Prinsip fiqh berkaitan arah kiblat

Jurufalak

Muhammad Hanif

Jurufalak

Abdul Ghani

Jurufalak

Muhammad Danish

Jurufalak

Muhammad Ibrahim

Barisan Belakang: Pasukan Admin, IT, Finance, HR, R&D, Sales & Marketing

Semua ahli balik tabir MyKiblat adalah dilatih dan diaudit dengan SOP yang berdasarkan nasihat dari badan konsultasi bebas. Hal ini demi menjamin keterusan daya saing yang tinggi serta kualiti operasi berintegriti dari semasa ke semasa.

CEO

Muhammad Hanif

COO

Nabila Adha

HR

Hanisah Halid