Servis Ukur Arah

“Sempurnakan ruang solat rumah dengan arah kiblat yang lebih tepat menghadap Kaabah — bukan sekadar anggaran kompas telefon.”

Jurufalak MyKiblat Telah Menjadi Pilihan Lebih 4000+ Keluarga Untuk Ukur Arah Kiblat Rumah

Mula Beroperasi
2025
Rumah Telah Disemak Kiblat
33 +
Jurufalak Bersijil
0 +

As seen on

MyKiblat adalah sebuah badan perniagaan profesional yang menyediakan khidmat Jurufalak ukur kiblat secara 'custom' di rumah persendirian. 

Setiap binaan seperti Masjid dan Surau, akan diukur kiblatnya oleh Jurufalak kerajaan, sebelum pembinaannya. Kami ingin memanjangkan peluang perkhidmatan Jurufalak kepada orang awam dengan menubuhkan MyKiblat.

Mengapa Ketepatan Kiblat Itu Penting?

MyKiblat ditubuhkan untuk selesaikan masalah berikut:

Rectangle 34626697 (2)

Banyak Rumah Tersasar Kiblat

Kajian dilaporkan di Berita Harian menunjukkan lebih 40% rumah di Selangor, tersasar kiblat melebihi 10°. 

1° Lari, 122KM Tersasar 

Kenyataan media oleh Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). 

Apps Bagi Arah Relative

Ketepatan arah berdasarkan Apps, dipengaruhi faktor yang boleh menyebabkan ralat seperti ‘Electromagnetism’, ‘Hardware’ dan ‘Software’ telefon pintar.

Koleksi Feedback & Pengalaman Pelanggan

Setiap semakan kiblat yang kami lakukan bukan sekadar tugasan — ia amanah. Di sini kami kongsikan pengalaman sebenar pelanggan MyKiblat di kawasan liputan kami.

Berita & Perkembangan

Berita & Perkembangan

Melangkah Ke Utara — MyKiblat Kini Di Pulau Pinang

Baru-baru ini, CEO MyKiblat telah berada di Pulau Pinang untuk sesi latihan eksklusif bersama kumpulan jurufalak baru yang akan bertugas di kawasan utara tanah air. Selama ini, pasukan MyKiblat berfokus

Bagaimana MyKiblat Ukur Kiblat Rumah Anda?

5 langkah untuk memastikan arah kiblat rumah anda tepat dan satu keluarga lebih yakin.

Jurufalak MyKiblat mengukur arah kiblat yang lebih tepat menghadap Kaabah

Step 1: WhatsApp Admin Untuk Pertanyaan

Admin akan terangkan tentang servis kami dan pakej yang kami tawarkan. Admin bersedia 24 jam untuk bantu jawab soalan anda.

Step 2: Isi Form Maklumat 

Kami akan perlukan 5 maklumat sahaja iaitu Nama, No Telefon, Alamat, Email &Pakej pilihan.

(Invoice tempahan akan diberikan)

Img Step 3 (1)

Step 3: Temu Janji

Admin penjadualan akan berbincang dengan anda berkaitan tarikh dan masa yang sesuai untuk Jurufalak ke rumah anda

Step 4: Jurufalak Ukur Kiblat

Jurufalak datang ke rumah anda pada tarikh yang ditetapkan dan ukur kiblat secara ‘custom’. Jurufalak akan terangkan proses yang berlaku.

Step 5: Pembayaran Dilakukan 

Selepas penandaan siap, anda boleh buat pembayaran dan resit akan dikeluarkan oleh Admin. Tiada deposit diperlukan sebelum pengukuran siap

Nak MyKiblat Bantu Semak  Audit  Ukur Ruang Solat Di Rumah Anda?

Nak MyKiblat Bantu Semak Ruang Solat Di Rumah Anda?

Hubungi MyKiblat — Pasukan Jurufalak bersijil yang terlatih secara akademik & praktikal. Kami bersedia membantu anda menyemak arah kiblat rumah dengan cepat, tepat dan sahih. Pilih cara paling mudah untuk anda — WhatsApp terus atau isi borang ringkas di bawah.

“Tempah Dulu, Bayar Kemudian”

Bayar Selepas Proses Penandaan Selesai

Pakej A

1 PENANDA

RM149

Sesuai untuk rumah dengan 1 ruang solat

Pakej B

3 PENANDA

RM199

Paling popular untuk rumah teres/apartment

Pakej C

5 PENANDA

RM249

Untuk rumah besar atau keluarga ramai

Kawasan Operasi MyKiblat

Servis kami meliputi rumah-rumah diseluruh Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang. Untuk kawasan lain, sila WhatsApp Pasukan MyKiblat untuk semakan kawasan.

Untuk Masjid/Surau/Premis Komersial

Sila rujuk Mufti negeri untuk perkhidmatan khusus institusi awam dan komersial.

Waktu Operasi Pengukuran Oleh Jurufalak: Sabtu- Khamis (8:00 AM - 6:00 PM)

Soalan Lazim Yang Ramai Tanya

Berikut adalah jawapan kepada soalan-soalan yang sering ditanya oleh pelanggan kami

Pengukuran arah kiblat rumah akan dilaksanakan oleh Jurufalak yang berpengalaman dan terlatih dalam ilmu falak serta teknik pengukuran moden.
Jurufalak yang terlibat adalah individu yang ditauliahkan di bawah:
MyQibla Services (No. Pendaftaran: 202403236967 (003644202-V)), sebuah entiti berdaftar di Malaysia
atau
IKHTISAS, Universiti Malaya, yang mempunyai latar belakang dalam bidang falak dan pengukuran teknikal.
Setiap jurufalak menjalankan proses pengukuran berdasarkan:
✔ Kaedah Lintasan Matahari Semasa (LMS)
✔ Analisis koordinat geografi (latitude & longitude)
✔ Kiraan azimut kiblat
✔ Pemindahan sudut menggunakan laser alignment
Proses ini dijalankan secara telus di hadapan pemilik rumah supaya pelanggan memahami setiap langkah yang dilakukan.
Kami tidak bergantung kepada kompas magnet semata-mata, tetapi menggunakan pendekatan falak yang lebih konsisten dengan disiplin pengukuran moden.

MyKiblat menawarkan pakej pengukuran kiblat rumah yang terbaik, jelas dan telus:

1 Penandaan RM149
3 Penandaan RM199
5 Penandaan RM249
Tambahan penandaan di luar pakej: RM35 setiap satu.
Pilihan Penanda Kiblat Kayu Premium (dijual berasingan): RM25 seunit.

Harga ini meliputi:

✔ Pengangkutan jurufalak ke rumah
✔ Proses analisis dan pengukuran lengkap
✔ Pemindahan sudut menggunakan laser
✔ Penandaan fizikal kiblat

Servis ini tersedia di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, serta boleh dibuat di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang berdasarkan jadual liputan.

Untuk membuat tempahan atau pertanyaan lanjut mengenai servis ukur kiblat rumah, anda boleh:
📱 WhatsApp terus ke Admin MyKiblat:
013-8836247
🌐 Atau buat tempahan secara online di:
https://mykiblat.onpay.my/order/form/ukurkiblat�

Admin beroperasi 24/7 dan akan membantu menyelaras tarikh kehadiran jurufalak ke rumah anda.

Jurufalak MyKiblat menggunakan dua teknik serentak demi mengelakkan ralat. Teknik pertama adalah Lintasan Matahari Semasa (LMS) dimana Jurufalak akan ukur kiblat menggunakan bayang matahari 90°. Rumus Spheric Trigonometry, Tongkat Bayang, Laser dan alat tulis akan digunakan (kiraan manual). Teknik kedua adalah perbandingan peta. Proses pindah sudut untuk penandaan selepas pengukuran, akan melibatkan laser demi ketepatan. Baca lebih sini…

InsyaAllah, proses pengukuran dan penandaan akan diselesaikan oleh Jurufalak dalam masa 45 minit (+-)

MyKiblat adalah sebuah badan bebas yang tidak berkaitan dengan mana-mana badan ‘authority’. Sijil pengesahan MyKiblat adalah dikeluarkan dengan kepertanggungjawaban penuh oleh MyKiblat. Sijil yang diberikan adalah bukti hasil kerja Jurufalak MyKiblat yang telah menjalankan pengukuran di rumah anda.

Anda cuma perlu menyediakan tangga untuk jurufalak panjat, jika penandaan perlu dibuat di tempat tinggi. Selebihnya, jurufalak akan uruskan dari awal hingga selesai. Perlu diingatkan bahawa yang kami jual kepada anda adalah kemahiran atau kepakaran kami dalam mengukur kiblat sehabis tepat.

Anda boleh rujuk Pejabat Mufti untuk perkara berkaitan hukum. Jawapan yang kami dapatkan dari Pejabat Mufti Selangor setakat ini adalah; asalkan bukan silap dengan sengaja, tidak terlalu ke kiri atau kanan (45 darjah) dan sudah berikhtiar sehabis baik dalam mendapatkan arah tersebut, solat anda masih sah.

Mazhab Syafie adalah paling berat dalam menetapkan syarat menghadap kiblat iaitu perlu berusaha sehabis baik untuk menghadap ke bangunan Ka’abah. Sementara itu, Mazhab Hanafi pula adalah yang paling ringan dalam menetapkan syarat menghadap kiblat.

Kami pernah jumpa banyak kes kiblat rumah yang dihuni lebih 6 tahun, rupanya selama ini tersasar. Sebaiknya, panggil la Jurufalak kami untuk ukur kiblat di rumah sekali sahaja.

Admin bersedia berurusan dengan anda setiap hari selama 24 jam. Walaubagaimanapun, pengukuran kiblat oleh Jurufalak hanya dilakukan pada waktu siang sahaja.

Slot yang boleh anda pilih adalah pada pukul 8 pagi, 10 pagi, 12 tengah hari, 3 petang dan 5 petang.

Pengukuran berlaku setiap hari kecuali pada hari Jumaat dan cuti umum. Kami masih menjalankan pengukuran hatta di hujung minggu. Walaubagaimanapun, ada kemungkinan untuk Jurufalak bersetuju untuk kerja lebih masa pada waktu cuti. Anda boleh berbincang dengan admin untuk proses penjadualan.

Kami galakkan sekurangnya satu wakil lelaki dewasa untuk tunggu di rumah sewaktu kerja pengukuran dijalankan. Ini kerana semua jurufalak kami adalah lelaki. Wajib untuk kita mengelakkan fitnah.

Jika tidak mahu tunggu, digalakkan untuk ada CCTV di rumah agar tuan rumah boleh tenang memantau dari jauh. Kami memang pernah jumpa situasi seperti ini dimana tuan rumah hanya tinggalkan kunci atau bagi password pintu kepada Jurufalak.

Kami menjamin pengukuran arah ke Ka’abah (kiblat), sehabis tepat, dengan SOP ketat yang sudah dikaji dan dibentangkan kepada banyak pihak.

Proses pengukuran akan dibuat bawah pemerhatian tuan rumah atau wakilnya. Jurufalak juga akan menerangkan segala proses yang berlaku kepada tuan rumah atau wakilnya, sehingga tuan rumah faham atau setuju.

Sijil akan diberikan kepada tuan rumah sebagai bukti komitmen kami ke atas hasil kerja kami, dengan tandatangan Jurufalak bertugas.

Jika berlaku masalah yang disebabkan oleh kami, MyKiblat akan menghantar semula Jurufalak lain demi melaksanakan pengukuran semula.

Sticker yang kami bekalkan adalah percuma dan merupakan produk berkualiti tinggi. Namun kami tidak memberi jaminan kepada ketahanan tampalan Sticker kerana masih bergantung kepada permukaan. Jurufalak walaubagaimanapun, akan menanda dua titik rujukan selain menampal sticker supaya boleh menjadi rujukan pada situasi kecemasan seperti sticker tercabut.