Akhbar sudah menetap di rumahnya lebih sedekad. Sepanjang masa itu, beliau bergantung kepada tanda kiblat asal yang disediakan sejak awal berpindah. Namun sejak kebelakangan ini, beliau mula rasa ragu apabila melihat perbezaan arah antara aplikasi kompas telefon dan arah sejadah di ruang solatnya.
Untuk mendapatkan kepastian, beliau menjemput pasukan MyKiblat membuat semakan profesional di rumahnya. MyKiblat menggunakan dua teknik serentak demi mengelakkan ralat. Teknik pertama adalah Lintasan Matahari Semasa (LMS) dimana Jurufalak akan ukur kiblat menggunakan bayang matahari 90°. Rumus Spheric Trigonometry, Tongkat Bayang, Laser dan alat tulis akan digunakan (kiraan manual). Teknik kedua adalah perbandingan peta. Proses pindah sudut untuk penandaan selepas pengukuran, akan melibatkan laser demi ketepatan. Setiap langkah diterangkan dengan sabar dan jelas, supaya beliau sendiri dapat memahami bacaan darjah yang berubah.
Apabila keputusan ditunjukkan, ternyata arah kiblat rumahnya telah tersasar beberapa darjah sepanjang 10 tahun beliau tinggal di situ. Pasukan MyKiblat kemudian menanda semula arah kiblat sebenar dengan tepat dan memastikan kedudukan itu dapat dirujuk dengan mudah oleh seluruh keluarga.
Akhbar menyatakan rasa syukur dan lega—akhirnya arah sujud di rumahnya disahkan tepat selepas sekian lama. Menurutnya, pengalaman ini benar-benar memberi ketenangan kerana beliau kini solat dengan keyakinan penuh.
— Akhbar Sahari








