Perkhidmatan Ukur Kiblat Rumah – Ramai tuan rumah yang menghubungi kami untuk bertanyakan maklumat berkaitan perkhidmatan ini. Kami telah kumpul tiga soalan paling popular dan sediakan jawapannya untuk kemudahan anda.

🔹 TIGA SOALAN UTAMA YANG PALING BANYAK DITANYA:
1) Siapa yang akan terlibat dalam penentuan arah kiblat rumah kediaman?
Pengukuran arah kiblat rumah akan dilaksanakan oleh Jurufalak Bertauliah yang berpengalaman dan terlatih dalam ilmu falak serta teknik pengukuran moden.
Jurufalak yang terlibat adalah individu yang ditauliahkan di bawah:
MyQibla Services (No. Pendaftaran: 202403236967 (003644202-V)), sebuah entiti perniagaan berdaftar di Malaysia
atau
IKHTISAS, Universiti Malaya, yang mempunyai latar belakang dalam bidang falak dan pengukuran teknikal.
Setiap jurufalak bertauliah kami, menjalankan proses pengukuran berdasarkan:
✔ Kaedah Lintasan Matahari Semasa (LMS)
✔ Analisis koordinat geografi (latitude & longitude)
✔ Kiraan azimut kiblat
✔ Pemindahan sudut menggunakan laser alignment
Proses ini dijalankan secara telus di hadapan pemilik rumah supaya pelanggan memahami setiap langkah yang dilakukan.
Kami tidak bergantung kepada kompas magnet semata-mata, tetapi menggunakan pendekatan falak yang lebih konsisten dengan disiplin pengukuran moden.
2) Berapa harga servis penentuan arah kiblat rumah?
Upah untuk setiap penandaan adalah bermula dengan RM149 untuk pakej 1 penandaan. Walaubagaimanapun, tuan rumah boleh menambah penandaan dengan pilihan pakej:
Pakej Servis Ukur Kiblat Rumah:
1 Penandaan => RM149
3 Penandaan => RM199
5 Penandaan => RM249
Tambahan penandaan di luar pakej: RM35 setiap satu.
Pilihan kayu penanda kiblat (jika diperlukan): RM25 seunit.
Harga ini meliputi:
✔ Pengangkutan jurufalak ke rumah
✔ Proses analisis dan pengukuran lengkap
✔ Pemindahan sudut menggunakan laser
✔ Penandaan fizikal kiblat
Servis ini tersedia di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, serta boleh dibuat di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang berdasarkan jadual liputan.
3) Bagaimana untuk menghubungi jurufalak secara WhatsApp?
Untuk membuat tempahan atau pertanyaan lanjut mengenai servis ukur kiblat rumah, anda boleh:
📱 WhatsApp terus ke Admin MyKiblat:
013-8836247
🌐 Atau buat tempahan secara online di:
https://mykiblat.onpay.my/order/form/ukurkiblat�
Admin beroperasi 24/7 dan akan membantu menyelaras tarikh kehadiran jurufalak ke rumah anda.








